Thursday, July 30, 2009

Acar Buah Sri Inang




Hai...bulan pose dah nak tiba. Selalunya pada musim-musim begini memang banyak tempahan untuk acar buah. Yelah nak makan waktu berbuka ataupun penambah selera waktu bersahur. Acar buah Sri Inang terdiri daripada beberapa campuran buah dan jeruk seperti prune, mangga, limau, kurma, peach, belimbing dan ceri. Harga sebotol acar buah untuk 250gm ialah RM7 dan juga boleh dibeli secara timbang iaitu 1kg-RM28. Kepada sesiapa yang nak beli borong dan buat packaging sendiri untuk dijual dibulan Ramadhan ni kami boleh bagi harga special!

Tuesday, July 21, 2009

The New Packaging of Baulu

Sri Inang akan memperkenalkan packaging terbaru Baulu. Sebenarnya packaging ini belum finalize lagi mungkin ada perubahan dari segi saiz kotak kerana kami merancang untuk mengeluarkan packaging sesuai untuk majlis perkahwinan atau hamper. Kami akan updatekan perkembangan terbarunya...so check it out!!!




MIHAS 2009 @ MATRADE

MIHAS 2009 (6th Malaysia International HALAL Showcase) diadakan di MATRADE Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta bermula pada 6 Mei hingga 10 Mei 2009. Ini adalah penyertaan kami yang ke2. Pertama kali pada tahun 2007 di KLCC. Bezanya kali ini kami dibawah anjuran FAMA berbanding tahun sebelum ini dibawah anjuran MECD. MIHAS yang berlangsung selama 5 hari itu berjaya mengumpulkan pedagang asing dan tempatan untuk bersama menyokong dalam memperluaskan pasaran halal. Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung yang sudi berkunjung ke booth Sri Inang serta kepada syarikat-syarikat dan individu-individu yang sudi menjalinkan jaringan perniagaan bersama Sri Inang.





Friday, July 17, 2009

Festival Pembangunan Ekonomi Islam @ MVEC



Festival Pembangunan Ekonomi Islam telah diadakan pada 22 - 26 Januari 2009 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur. Festival anjuran Yapeim ini adalah yang terbaik kerana telah berjaya menarik ribuan pengunjung. Terima kasih kepada yang telah berkunjung ke booth Sri Inang. Memang tak menang tangan dibuatnya sampaikan takde masa nak ambik gambar semasa booth kami dipenuhi pengunjung. Nasib baik dah ambik gambar semasa awal-awal pagi lagi. Seperti biasa hot selling kuih bakarlah yang dijual panas-panas. Yang pasti Festival yang berlangsung selama 5 hari tu memang best sebab hari yang terakhir tu kami hanya bawak balik perkakas saja sebab kuih-kuih lain dah habis!!! Selain itu Sri Inang juga telah dianugerahkan Skim Anugerah Jejak Jaya bagi tahun 2009 di atas segala usaha dan komitmen sepanjang penglibatan didalam IKS. Syabas kepada Yapeim kerana telah berjaya menganjurkan festival ini.





The iron lady...Pn Hajah Hamidah Hj Habib

Kempen Beli Barangan Malaysia @ Mydin Mall USJ

Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia telah diadakan di Mydin Mall USJ pada 16 -20 Januari, 2009. Sri Inang telah dijemput untuk menyertai exhibition tersebut dibawah anjuran MECD. Exhibition yang berlangsung selama 5 hari itu telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sambutan amat menggalakkan daripada pengunjung-pengunjung Mydin Mall. Hot selling ketika itu adalah Kuih Bakar yang dijual panas-panas! Bancuh dan masak kat situ menggunakan oven. Selain Kuih Bakar, Biskut Bangkit, Baulu dan beberapa jenis cookies seperti Marmar Carries dan Kuih Tart juga mendapat sambutan. Disamping itu juga kami menjual T-shirt Muslimah dari D'Feya Collections (seperti yang dapat dilihat dalam gambar). Waktu operasi bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 10.00 malam.




Mak dan Syikin sempat posing sebelum pelanggan datang. Abah pulak baca suratkhabar.

Syikin sedang bagi tester kuih bakar pada pengunjung.

"Akak nak colour yang merah tu...." Ain dan Syikin melayan pelanggan nak beli T-shirt Muslimah.

Thursday, July 16, 2009

Variety of Sri Inang product


Ini adalah antara produk-produk yang dikeluarkan oleh Sri Inang. Gambar ini diambil dari borchure Sri Inang. Insyallah kami akan updatekan satu persatu produk tersebut. Check it out yaa.....

Kuih Bakar Sri Inang



Keharuman Kuih Bakar Sri Inang pasti membangkitkan selera sesiapa saja yang terhidu keharumannya. Eemmm....memang menyelerakan terutama sewaktu ia panas-panas lagi. Mengikut resepi Kuih Bakar Sri Inang ni selain menggunakan air pandan asli ia juga dicampur dengan rempah ratus sebab itulah baunya wangi ketika sedang dimasak lagi. Mengikut pengalaman kami ketika membuat promotion di exhibition-exhibition, kebanyakan pelanggan akan request kuih yang lebih garing dipermukaan atasnya...(seperti didalam gambar pertama). Terpulanglah pada selera pelanggan yang pasti feedback yang kami terima amat memberangsangkan termasuklah dari bangsa Cina dan India. Kuih Bakar Sri Inang ini boleh tahan lama sehingga 3-4 hari jika disimpan dalam peti sejuk dan apabila dipanaskan dalam microwave ia akan kembali lembut serta kualiti rasanya tidak terjejas. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi 012-2675415.

Wednesday, July 15, 2009

Baulu Sri Inang


Selain perasa asli, Sri Inang juga telah mempelbagaikan perasa baulunya antara lain, perasa pandan choc chips, oren dan cappucino. Ia juga boleh didapati dalam bentuk cermai atau anak ikan. Selalunya pelanggan akan menempah mengikut kuantiti, perasa atau bentuk bergantung kepada citarasa pelanggan atau majlis. Kami juga menerima tempahan secara borong. Sebarang pertanyaan & tempahan bolehlah call 012-2675415, nanti bolehlah bincang dari segi kuantiti, packaging dan harganya. Untuk tempahan Hari Raya pula kami telah menyediakan packaging tertentu sesuai untuk Hari Raya season. Jadi tunggu...promosi untuk Hari Raya.

Thursday, July 9, 2009

Biskut Bangkit Sri Inang

Biskut Bangkit (250g) = RM 6


Biskut Bangkit (50 pcs) = RM 13





Inilah rupa bangkit Sri Inang. Warnanya memang agak keperang-perangan sebab mengikut resepinya, santannya dimasak dulu. Inilah kelainan bangkit Sri Inang . Awesomely..crunchy and melt in the mouth.

Friday, July 3, 2009

SRI INANG ENTERPRISE

Merupakan pengeluar makanan tradisional seperti baulu, kuih bangkit, kuih bakar, pelbagai biskut raya serta acar buah dan cincau. Beroperasi lebih dari 5 tahun dan memiliki sijik HALAL daripada JAKIM. Menerima tempahan untuk sebarang majlis seperi kenduri dan hantaran perkahwinan, majlis-majlis korporat, Hari Raya serta tempahan hamper.


PENCAPAIAN SRI INANG :-
  • 2002 - Anugerah Hari Peladang Peringkat Kebangsaan (Kategori Baulu)
  • 2006 - Anugerah MAHA (Kategori Kuih Bangkit)
  • 2007 - Anugerah Hari Peladang Peringkat Negeri (Kategori Kuih Bangkit)
  • 2008 - Anugerah Hari Peladang Peringkat Negeri (Kategori Kuih Bangkit)

Kuih Bangkit Sri Inang telah menembusi pasaran beberapa Pasaraya seperti di Hypermarket Mydin Subang dan Melaka, Jaya Jusco dan Agro Bazar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...