Saturday, January 9, 2010

Selamat Pengantin Baru MAR & JAS 9/1/2010

Tahniah kepada pasangan Mar & Jas yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 9/1/10. Terima kasih kepada ibu pengantin perempuan iaitu Pn Mahani daripada Seksyen 17 Shah Alam yang telah menempah Wedding Door Gift bagi menyempurnakan majlis perkahwinan puteri sulongnya. Pn Mahani telah menempah 1500 pax wedding gift baulu yg berkonsepkan Gold. TQVM Pn Mahani...:)





Thursday, January 7, 2010

Di Bengkel Sri Inang....

Bengkel Sri Inang terletak di Kampung Kuala Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Lebih 5 tahun beroperasi di bengkel tersebut atas bimbingan daripada Jabatan Pertanian Kuala Pilah. Sri Inang merupakan pembekal kepada makanan tradisional yg menumpukan Baulu dan Biskut Bangkit sebagai produk utama selain Kuih Bakar, pelbagai jenis Biskut Raya, Acar Buah & Cincau. Kini Sri Inang meluaskan pasaran bukan sahaja di Negeri Sembilan malahan di Selangor, Kuala Lumpur & Melaka. Selain menumpukan pasaran di pasaraya-pasaraya, tempahan untuk majlis-majlis perkahwinan juga amat menggalakkan dimana pelanggan boleh memilih konsep dan budjet masing-masing.

Jom tengok antara proses-proses membuat Baulu...

Pukul telur

Bancuh tepung, gula & telur ( pandan flavour)

Tuang dalam acuan

Sedia untuk dibakar

Sudah masak

Keluarkan dari acuan

Baulu panas

Packaging

Baulu pelbagai perisa yang telah dipaket

Baulu paket dimasukkan ke dalam box gift

Sedia untuk dihantar kepada pelanggan


Wednesday, December 2, 2009

Wedding Door Gift - Baulu







Musim cuti sekolah ni memang banyak kenduri kahwin. Boleh dikatakan setiap minggu dapat jemputan sampai bertindih-tindih jadual nak pegi kenduri. Sri Inang pun banyak dapat tempahan untuk kenduri kahwin ni. Yang paling popular tempahan baululah. Ada yang tempah package dan ada juga yang tempah baulu saja untuk dipacking sendiri. Untuk yang menempah package, Sri Inang ada menyediakan box door gift agar mudah diberikan kepada tetamu. Sesiapa yang berminat nak tempah door gift baulu bolehlah pilih V Box ni dan yang bestnya boleh letak gambar si pengantin berserta nama dan tarikh majlis. Warna dan tema pun boleh pilih ikut kesesuaian majlis. Mesti tetamu sayang nak buang kotak ni...simpan sampai bila2. Tak gitu...:)


Biskut Bangkit Sri Inang @ Mydin Mall


Just to share info...



Biskut Bangkit Sri Inang sudah setahun memasuki pasaran di Mydin Mall USJ. Alhamdulillah..sambutan semakin menggalakkan. Terima kasih kepada customer2 yang dah beli biskut bangkit ni. Pada sesiapa yang dah beli semasa Sri Inang buat roadshow kat mane2 bolehlah continue beli kat Mydin USJ di bahagian produk2 IKS. Selain di USJ biskut bangkit ni boleh juga didapati di Bazaar Mydin Melaka dan yang terbaru di Mydin Hypermarket Melaka.












Thursday, November 5, 2009

Tempahan Baulu


Tempahan kali ini daripada Cik Adnin untuk perkahwinan adiknya hujung minggu ini. Dia menempah 2500 pcs baulu pelbagai perisa seperti pandan, cappucino dan oren yang akan dipacking sendiri olehnya untuk dijadikan door gift pada hari kenduri tersebut. Jadi saya menghantarnya sendiri ke rumahnya di Meru, Klang. TQ ye..Wak Sidek n Family... :)

Friday, October 30, 2009

Wedding Door Gift





Sri Inang juga menawarkan khidmat tempahan untuk Wedding Door Gift yang boleh didapati dalam pelbagai corak, saiz dan warna mengikut citarasa pelanggan. Pelanggan boleh membuat pilihan samada untuk door gift baulu, cookies, muffin atau kek lapis Sarawak. Terpulang kepada citarasa pelanggan atau budget yang diberikan. Contact us via email, sms @ call to get the quotation...:)





Tuesday, October 27, 2009

Masih menerima tempahan...


Tempahan kek lapis Sarawak masih berjalan seperti biasa. Minggu lepas tempahan daripada kawan-kawan Akak (Azian) di Bandar Baru Bangi. Terima kasih ye...nanti bolehlah oder lagi untuk Hari Raya Haji ni.

Tuesday, October 6, 2009

Tempahan Kek Lapis Sarawak

Choc Vanilla


Blueberry


Madu Kenangan

Merak Kayangan



Ini beberapa pic kek lapis sarawak yg teringat nak ambik untuk tatapan di blog ini. Tempahan dari pelanggan untuk musim open house ni. Ade yang last minit order...nasib baik dapat gak deliver..Pelanggan saya minggu lepas En Azman, last minit oder jugak untuk open house opis dia. Dah rezeki En Azman ade pulak stok untuk dia memandangkan En Azman tak kisah ape2 flavour pun janji ade katenya. Jadi berjayalah deliver untuk die Choc Vanila (3) dan Blueberry (2). TQ En Azman...lain kali oderlah lagi..:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...