
Wednesday, August 26, 2009
Wednesday, August 19, 2009
MICCOS 2009 @ MAEPS
Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (MICCOS) 2009 yang berlangsung pada 13 hingga 16 Ogos mempamerkan pelbagai komoditi utama yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. MICCOS yang berlangsung selama empat hari itu diadakan di Tapak Ekspo Agro Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Sri Inang buat pertama kalinya menyertai showcase tersebut amat berbesar hati dapat bersama-sama memeriahkan suasana walaupun wabak H1N1 masih menular. Kebanyakan para pengunjung dan peserta pameran memakai mask sebagai satu langkah keselamatan terhadap virus tersebut. Semoga keadaan ini akan semakin pulih menjelang Hari Raya nanti. Sama-sama kita doakan.





Labels:
Exhibitions
Monday, August 10, 2009
SRI INANG at MICCOS 2009 (13 ~ 16 Aug 09)



Come one...come all!! Sri Inang will be there from 13th ~ 16th Aug 2009 at MAEPS Serdang. See ya at our booth D1019 (Hall D). Catch out.. variety of Sri Inang product including Hari Raya cookies.
For more info www.miccos.com.my
Labels:
Exhibitions
Thursday, August 6, 2009
Monday, August 3, 2009
Hantaran & Hamper
Set golden box12 pcs muffin @ cupcakes
Ini adalah beberapa packaging untuk hantaran dan hamper. Selain muffin dan cupcakes, kami juga menyediakan Baulu Cupcakes (latest edition) untuk packaging seperti di atas. Pilihan warna juga boleh dibuat mengikut tema majlis. Hubungi kami untuk quote harga terkini dan pakej terbaik untuk anda.
Labels:
Hantaran dan Hamper
Thursday, July 30, 2009
Acar Buah Sri Inang
Hai...bulan pose dah nak tiba. Selalunya pada musim-musim begini memang banyak tempahan untuk acar buah. Yelah nak makan waktu berbuka ataupun penambah selera waktu bersahur. Acar buah Sri Inang terdiri daripada beberapa campuran buah dan jeruk seperti prune, mangga, limau, kurma, peach, belimbing dan ceri. Harga sebotol acar buah untuk 250gm ialah RM7 dan juga boleh dibeli secara timbang iaitu 1kg-RM28. Kepada sesiapa yang nak beli borong dan buat packaging sendiri untuk dijual dibulan Ramadhan ni kami boleh bagi harga special!
Labels:
Acar Buah
Tuesday, July 21, 2009
The New Packaging of Baulu
Sri Inang akan memperkenalkan packaging terbaru Baulu. Sebenarnya packaging ini belum finalize lagi mungkin ada perubahan dari segi saiz kotak kerana kami merancang untuk mengeluarkan packaging sesuai untuk majlis perkahwinan atau hamper. Kami akan updatekan perkembangan terbarunya...so check it out!!!
Labels:
Baulu
MIHAS 2009 @ MATRADE
MIHAS 2009 (6th Malaysia International HALAL Showcase) diadakan di MATRADE Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta bermula pada 6 Mei hingga 10 Mei 2009. Ini adalah penyertaan kami yang ke2. Pertama kali pada tahun 2007 di KLCC. Bezanya kali ini kami dibawah anjuran FAMA berbanding tahun sebelum ini dibawah anjuran MECD. MIHAS yang berlangsung selama 5 hari itu berjaya mengumpulkan pedagang asing dan tempatan untuk bersama menyokong dalam memperluaskan pasaran halal. Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung yang sudi berkunjung ke booth Sri Inang serta kepada syarikat-syarikat dan individu-individu yang sudi menjalinkan jaringan perniagaan bersama Sri Inang.
Labels:
Exhibitions
Subscribe to:
Posts (Atom)










