Tempahan Baulu Kemboja dibuka sekarang dengan packaging terbaru dan terkini. Anda tentukan warna dan corak kotak mengikut tema majlis anda. Penambahan ucapan dan gambar adalah percuma.
** Selain Baulu Kemboja, gift box ini juga sesuai untuk Baulu Ikan, Cermai dan Kek Marble.
Tahniah kepada pasangan Mar & Jas yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 9/1/10. Terima kasih kepada ibu pengantin perempuan iaitu Pn Mahani daripada Seksyen 17 Shah Alam yang telah menempah Wedding Door Gift bagi menyempurnakan majlis perkahwinan puteri sulongnya. Pn Mahani telah menempah 1500 pax wedding gift baulu yg berkonsepkan Gold. TQVM Pn Mahani...:)
Bengkel Sri Inang terletak di Kampung Kuala Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Lebih 5 tahun beroperasi di bengkel tersebut atas bimbingan daripada Jabatan Pertanian Kuala Pilah. Sri Inang merupakan pembekal kepada makanan tradisional yg menumpukan Baulu dan Biskut Bangkit sebagai produk utama selain Kuih Bakar, pelbagai jenis Biskut Raya, Acar Buah & Cincau. Kini Sri Inang meluaskan pasaran bukan sahaja di Negeri Sembilan malahan di Selangor, Kuala Lumpur & Melaka. Selain menumpukan pasaran di pasaraya-pasaraya, tempahan untuk majlis-majlis perkahwinan juga amat menggalakkan dimana pelanggan boleh memilih konsep dan budjet masing-masing.
Musim cuti sekolah ni memang banyak kenduri kahwin. Boleh dikatakan setiap minggu dapat jemputan sampai bertindih-tindih jadual nak pegi kenduri. Sri Inang pun banyak dapat tempahan untuk kenduri kahwin ni. Yang paling popular tempahan baululah. Ada yang tempah package dan ada juga yang tempah baulu saja untuk dipacking sendiri. Untuk yang menempah package, Sri Inang ada menyediakan box door gift agar mudah diberikan kepada tetamu. Sesiapa yang berminat nak tempah door gift baulu bolehlah pilih V Box ni dan yang bestnya boleh letak gambar si pengantin berserta nama dan tarikh majlis. Warna dan tema pun boleh pilih ikut kesesuaian majlis. Mesti tetamu sayang nak buang kotak ni...simpan sampai bila2. Tak gitu...:)
Biskut Bangkit Sri Inang sudah setahun memasuki pasaran di Mydin Mall USJ. Alhamdulillah..sambutan semakin menggalakkan. Terima kasih kepada customer2 yang dah beli biskut bangkit ni. Pada sesiapa yang dah beli semasa Sri Inang buat roadshow kat mane2 bolehlah continue beli kat Mydin USJ di bahagian produk2 IKS. Selain di USJ biskut bangkit ni boleh juga didapati di Bazaar Mydin Melaka dan yang terbaru di Mydin Hypermarket Melaka.
Tempahan kali ini daripada Cik Adnin untuk perkahwinan adiknya hujung minggu ini. Dia menempah 2500 pcs baulu pelbagai perisa seperti pandan, cappucino dan oren yang akan dipacking sendiri olehnya untuk dijadikan door gift pada hari kenduri tersebut. Jadi saya menghantarnya sendiri ke rumahnya di Meru, Klang. TQ ye..Wak Sidek n Family... :)